Thursday 5 January 2017

Menjawab persoalan aqidah

Petikan ini diambil dari perbualan antara Badiuzzaman Said Nursi bersama seorang ahli fizik;

     "Benarkah Tuhan itu wujud?  Sekiranya dia wujud,  di mana tempatnya.  Kerana setiap yang wujud pasti bertempat.  Contohnya kita manusia,  tempatnya di bumi.  Ikan tempatnya di laut.  Burung tempatnya di pokok dan udara.  Begitu seterusnya di mana semua yang wujud pasti ada tempatnya, " kata ahli fizik itu menyoal berkaitan ketuhanan. 

     Mendengar solan ahli fizik itu,  Badiuzzaman Said Nursi terus bertanya,  "Adakah awak percaya setiap yang hidup pasti ada nyawa? "

     Tanpa sebarang syak,  ahli fizik itu lantas menjawab "Setiap manusia dan haiwan yang hidup pasti ada nyawa.  Itu sudah tentu saya percaya. "

     "Di manakah letaknya nyawa itu?  Di kepala,  di perut,  ataupun di dada? " tanya Badiuzzaman Said Nursi pula. 

     Apabila melihat lawannya terdiam tidak dapat menjawab maka Badiuzzaman Said Nursi pun berkata,  "Sekiranya nyawa yang ada pada diri kita sendiri pun tidak tahu di mana letaknya,  apatah lagi Allah yang menjadikan kita. "

     Akhirnya ahli fizik itu mengaku kalah lalu menjadi anak murid Badiuzzaman Said Nursi.

Rujukan : buku Badiuzzaman Said Nursi karya Abdul Latip Talib