Saturday 14 April 2018

Bicara Akademik


     Assalamualaikum w.b.t , In shaa Allah kali ni sy nak share isi kuliah Bicara Akademik oleh Ustaz Syahmi dari Tadabbur Centre yg sy attend Jumaat malam haritu. Ustaz just sentuh bhgn sikap student terhadap pelajaran rather than cara penyusuna jadual yg dah banyak kali disentuh oleh penceramah-penceramah lain. And untuk tajuk kali ni, ustaz merujuk kpd surah al-Kahfi. Sebagaimana yang kita tahu, surah al-kahfi dibahagikan kpd 4 bahgian. Yang pertama, tentang Ashabul Kahfi, kedua, tentang pemilik 2 kebun, ketiga tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir dan yang keempat tentang Zulkarnain.

     Firstly, Ustaz bg analogi, bila kita dahaga sangat, kita akan pergi kedai and beli air dan terus minum kan ?? Masatu, adakah kita kira volume of water loss drpd botol tu ? adakah kita take note berapa ml yg kita minum ??

     Jawapannya, tak.

     Sebab ??

     And kita akan jawab, tak penting !

    Yupp !! that's the point. Dalam hidup ni, kita kena fokus kat benda yang PENTING sahaja ! So, bila kita dahaga sangat, kita just fokus unt minum air dan hilangkan dahaga tanpa kisah berapa ml air dh habis unt hilangkan dahaga kita.

     So, tajuk bicara akademik kalini adalah : Super Fokus

     [main rujukan ; surah al-Kahfi - babak 1-]

     Dalam surah ni, Allah bantai rapat 2 kelompok :

    1) Orang yang beriman kepada Allah S.W.T
    2) Orang yang tidak beriman kepada Allah S.W.T

    Allah ajar kita FOKUS kepada benda seaptutnya. Saat pemuda al-Kahfi dibangkitkan selepas ditidurkan 309 tahun.

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا 
ِAl-Kahfi (9)

    Allah dah bagitahu babak 1 ni ada keajaiban.

    Apa beza الكهف dengan غار ?
                  Gua yang besar : الكهف
                Gua yang kecik :    غار 

   Pemuda alKahfi tak tidur statik. Allah bolak balikkan mereka.

   1) Mereka tak sedar dibolak-balikkan
   2) Mereka xder kecederaan dan kekal muda

   Apa benda first yang mereka bincangkan ?

  " yg penting skrg 'kita lapar', stop bincang pasal berapa lama kita tidur."

   Antara punca Nabi Musa tak sabar ( sewaktu peristiwa bersama dengan Zulqarnain), sebab lapar (diuji emosi). Kerana bilamana lapar, keputusan dan perbincangan tak sampai noktah.

   So, kat sini nk kata yg kita kena fokus kepada realiti, jangan panjangkan isu kepada benda yang tidak pasti. Kadang kita nak perancangan perfect sampai kadang kita lupa tawakal berlaku sebelum dan selepas.

   Allah tegur : Katakanlah والله أعلم untuk benda yang tidak pasti tapi fokus kepada benda yang realiti sekarang,

  Ayat واليتلطف {dalam keadaan sneaking } ada kaitan dengan لَطَفَ {Allah sangat senyap-senyap dalam merancanakan sesuatu}.

  Separuh cerita Nabi Yusuf, Allah gambarkan penderitaan Nabi Yusuf. Part last, Nabi Yusuf kata : "Allah dominate cerita aku everything". Nabi Yusuf pandai berkata-kata.

Dan Allah sedang takdirkan cerita aku sekarang ini  : والله غالب على أمري

Kenang balik janji kita dalam doa qunut "فلك الحمد على ما قديت "

Apa yg engkau takdirkan untukku : قضيت  → boleh jadi baik atau buruk

Nabi Muhammad diuji dengan kematian orang yang paling dia sayang, Khadijah dan Abu Talib. Allah comfort dengan surah Yusuf ( lagi teruk ujian )

                                                         (AlKahfi ; 100)    إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِّمَا يَشَاء
                                " Sesungguhnya Allah Maha Senyap-senyap menyelitkan hikmah"

Hikmah bertimpa-timpa selepas ujian bertimpa-timpa. 

   Punca : Keyakinan. It's all about mindset and believe. Jangan kita racunkan org lain pulak.

   Saat anda diuji, kenang peristiwa Nabi Yusuf diuji dengan abang sendiri khianat, ayah ingat dia dah mati dll.

   Teguran, Allah sinis Ashabul Kahfi sebab bangun dan membincangkan pasal berapa bilangan hari diorang tidur.

   Bilamana Allah mendiamkan sesuatu didalam Al-Quran, itu tandanya kita tak perlu fokus pasal cerita itu.

   Kenapa Allah tak mention berapa orang Ashabul Kahfi ? Sebab tak penting. Tapi yang penting, orang yang beriman akhir zaman memang sikit.

 Manusia selalu offside ; sibuk fikir berapa orang Ashabul kahfi.

Orang yang tidak beriman → tidak fokus → Perlu cari kawan yang baik untuk keep on track.

     Kita nak cari kawan, cari atas nama aqidah ! Atas dasar perjuangan Islam. Walaupun diberikan sahabat, Allah pesan 'Jadikan diri kamu berfungsi kepada sahabat'. Masa untuk jadi kawan yang berfungsi. Kawan yang baik sentiasa mengembalikan kawannya on track.

    Masalah fokus boleh bawa kepada masalah aqidah. Jangan minta Allah ringankan ujian. Tapi minta Allah untuk tambahkan iman kita untuk hadapi ujian tersebut. Segala masalah kita Allah dah jawab dalam al-Quran. Orang yang paling dekat dengan al-Quran adalah orang yang paling profesional. Buktikan anda sahabat dengan al-Quran. Allah kurniakan anda tilawah al-Quran hari-hari. Jangan tunggu masa lapang untuk baca al-Quran ! Tapi cipta masa untuk baca al-Quran. Tanda tadabbur, nagi kesan kepada hati. 

.والله أعلم