Wednesday 25 July 2018

BABYSITTER IN JAPAN  [ TRIP TO JAPAN ]


          Hai, hello, Assalamualaikum 👐 Starting from today I will upload my experience as a babysitter in Japan. In shaa Allah I try to istiqamah uploading the story 😅 And sorry for my mix language Malay and English. For this entry, I will talk about my trip to Japan.
       
          Before that, I will story about how do it's begin.

          It started out quite innocently on  25/03/2018. I receive whatsapp from kakti.


          And here I go. Kakti need to attend a courses at Japan for 9 months and she wants me to babysit her two daughters, Anis Fadhyla (4 y/o) and Auni Farahiyah (2y/o) .



          As a coincidence, I was in holiday semester for 3 months, so I'm going to spend 2/3 of it as a babysitter for them and for the other quarter is for me to spend time at home. When Kak Ti said her plan to Abah, Abah had set a condition whereas a week before my enrollment to a new semester, I should come back to Malaysia already.

          I went to Kakti's house first at Thursday morning by bus from kampung and spending a night there before we flied to Japan.

          It's Friday and it's friyayyy. The weather is so nice. We went to the airport at 10 o/clock in the morning after having our breakfast and was sent by Abg Zool's father. It is already lunch time after settling some errands at the airport. We checked in and had our lunch there. I'm so excited. :'). At last, I've got this opportunity to travel oversea after Brunei. Alhamdulillah.

          At 2.15 o'clock in the evening, we had boarding. And bismillah, here I come Japan !!


          Unfortunately, at 5pm our flight land back at KLIA 2 because of technical issue on our aircraft and our flight got delayed.





Tuesday 24 July 2018

The eldest.... The youngest

Siapa sangka saya akan spend dua bulan kat Jepun bersama kakti... Sy sendiri x pernah aspect, perancangan Allah kan. Kakti ank sulung dlm keluarga, sy pulak ank bongsu arwah ma dan abah. Dari kecik,  kami x pernah rapat kot, huhu. Sbb masa sy lahir,  and then arwah ma meninggal dunia pastu sy duduk ngan tok ayah sejak tu sampai darjah 5. Jadi mmg jaranglah nak spend time sama2 dgn kakti. Ingat masa kecik2, klu time balik rumah abah,  sy teringin sgt nk tidur sekatil dgn kakti. Masatu ada dua bilik jee,  biasanya, sy ain dan ala akan tidur sama2. Kakti study UK,  so mmg jaranglah balik, so bila kakti balik,  biasanya akan tidur dgn kak ida or kakna,  yg beza 3/4 thn jer dr kakti. And sy rasa jeles. Huhu tidur sekatil jer pon. Tp ada jer waktu2 yg sy sempat tidur sebilik dgn kakti. Xder apa pon padahal.

Bila stay dgn kakti pagi ptg siang malam,  sy dpt tgok mcm mana kakti didik anis ngan auni, mcm mana kakti handle, and I do learn something. Tp yg plg terasanya, bila tgok semua tu,  I wonder mcm ni ke cara arwah ma didik adik beradik sy dulu. Tegas tapi still lembut and manja. Sy selalu terfikir pasal arwah ma. Yerlah kakti plg lama hidup dgn arwah mama. Sejak lahir sampailah umur 14 thn kot masa arwah ma xde. Mesti kakti adlh acuan arwah ma yg betul2.

Tadi kan,  kakti cerita zaman kakti kecik2 dulu,  mkn biskut cicah air teh je as dessert. Kadang2 ada jemput,  tu pon berebut. Walaupon jemput tu mkn mostly tiap2 minggu. Kakti senyum lebar masa cerita tu,  mngenangkan zaman dia kan. Pastu kakti ckp,  satu lg ikan celup tepung.  And kaktilah yg nk kena prepare tu, siang ikan selar yg kecik2 tu pastu buat pulak colek dia sendiri. Tu pon nk kena kira dulu ada berapa and bagi sama byk tiap2 org sbb xnk bg x cukup. Yerla kami adik beradik ramai kan. Masa tu, dlm hati nk sgt tanya,  tu masa arwah ma ke. Tp x terluah. Mmg sy nk sgt tanya kakti mcm mana arwah ma dulu.

All of this thing buat saya rindu dgn arwah ma. Make me wonder how it feels to live with her. 😭 I'm crying here in Fuchu. 😅 you dont know how it feels to miss someone yg dh xde kat dunia ni and she is someone yg kamu x pernah jumpa pon.

Monday 21 May 2018

ADAKAH INI RAMADHAN YANG TERAKHIR ?

باسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

          Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan beribadah pada hari ni di bulan yang mulia dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. :) Harini saya nak share isi dapatan kuliah Ustaz Abdullah Khairi yang saya hadir semalam 😁. Masa mula-mula baca viral message pasal Ustaz Abdullah Khairi akan bg ceramah kat Masjid AS-Shariff, sy excited sangat sbb saya memang suka dengar Ustaz punya ceramah sbb ada sense of lawak dalam dia punya kuliah tapi still berisi ilmu bukan sekadar lawak kosong tau .

          Bismillah saya mulakan. Di permulaan ceramah, ustaz bacakan ayat alquran, 
[ Surah Al-Baqarah ; 197 ]
"..وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ.."

dan ayat seterusnya, [ Surah Al-Hujurat ; 13]
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

yang menunjukkan bahawa yang beza antara kita sesama manusia adalah taqwa.
Seterusnya, Ustaz bacakan ayat [ Surah Al-Baqarah ; 183 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Sebagaimana kita tahu, matlamat kita puasa di bulan Ramadhan ini adalah Taqwa. Jadi apa itu maksud Taqwa ?

Kata Imam Ahmad ; Taqwa ialah ikut apa yang Allah suruh, kemudian menjauhkan diri dari apa yang Allah larang.

Saidina Ali pula mengatakan bahawa orang yang bertaqwa ada 4 kategori : 

  ( Tidak takut kecuali Allah ) الخوف من الجليل 💢 
 (Beramal dengan Al-Quran) والعمل بالتنزيل 💢

Dalam bulan Ramadhan ni, kena banyak buat tadarus. Even gagap, kalau sentiasa baca akan jadi fasih.
Ustaz menyarankan untuk ambil peluang hafaz 3 surah ini dlm bulan Ramadhan ini, In Shaa Allah cepat ingat dan kekal dan sebagai bekal di alam barzakh.

1. Surah Al-Mulk
2. Surah As-Sajdah
3. Surah Al-Waqiah 

Dan ustaz juga menekankan bagi seorang lelaki untuk mahir dalam 5 perkara ini ;

1. Boleh jadi Imam
2. Boleh baca doa selepas solat ( dlm arab)
3. Boleh solat jenazah
4. Buat tahlil
5. Baca doa tahlil

( Bersyukur walau sedikit)  الرضا ولو بقليل 💢
Kalau pergi bazaar Ramadhan, jangan beli banyak2. Di bulan puasa ni, kalau صام elok, maka قام pon elok. Kalau puasa kita baik, ibadah kita solat kita pon jadilah baik, lagi senang untuk buat. 

( Bersedialah untuk perjalanan panjang [akhirat] )  والإستعداد ليوم الرحيل 💢
Dengan berbekalkan zikrullah.
1. لإله إلا الله
2. سبحن الله وبحمده
سبحن الله العظيم
Zikir yang Allah suka, ringan di mulut, berat di timbangan.
3. اللهم صل على سيدنا محمد
4. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم
Untuk murah rezeki, amalkanlah istighfar banyak2.

والله أعلم

          ِAlhamdulillah selesai sudah. Okey, klu ikut isi yg ustaz sampaikan banyak jer lagi, huraian2 yang lebih detail, tapi atas khilaf penulis, banyak ni jer saya dapat. Semoga kita semua dapat ambil manfaat daripada perkongsian saya harini. Seandainya ada apa-apa kesalahan atau penambahbaikan bolehlah komen. 



Saturday 14 April 2018

Bicara Akademik


     Assalamualaikum w.b.t , In shaa Allah kali ni sy nak share isi kuliah Bicara Akademik oleh Ustaz Syahmi dari Tadabbur Centre yg sy attend Jumaat malam haritu. Ustaz just sentuh bhgn sikap student terhadap pelajaran rather than cara penyusuna jadual yg dah banyak kali disentuh oleh penceramah-penceramah lain. And untuk tajuk kali ni, ustaz merujuk kpd surah al-Kahfi. Sebagaimana yang kita tahu, surah al-kahfi dibahagikan kpd 4 bahgian. Yang pertama, tentang Ashabul Kahfi, kedua, tentang pemilik 2 kebun, ketiga tentang Nabi Musa dan Nabi Khidir dan yang keempat tentang Zulkarnain.

     Firstly, Ustaz bg analogi, bila kita dahaga sangat, kita akan pergi kedai and beli air dan terus minum kan ?? Masatu, adakah kita kira volume of water loss drpd botol tu ? adakah kita take note berapa ml yg kita minum ??

     Jawapannya, tak.

     Sebab ??

     And kita akan jawab, tak penting !

    Yupp !! that's the point. Dalam hidup ni, kita kena fokus kat benda yang PENTING sahaja ! So, bila kita dahaga sangat, kita just fokus unt minum air dan hilangkan dahaga tanpa kisah berapa ml air dh habis unt hilangkan dahaga kita.

     So, tajuk bicara akademik kalini adalah : Super Fokus

     [main rujukan ; surah al-Kahfi - babak 1-]

     Dalam surah ni, Allah bantai rapat 2 kelompok :

    1) Orang yang beriman kepada Allah S.W.T
    2) Orang yang tidak beriman kepada Allah S.W.T

    Allah ajar kita FOKUS kepada benda seaptutnya. Saat pemuda al-Kahfi dibangkitkan selepas ditidurkan 309 tahun.

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا 
ِAl-Kahfi (9)

    Allah dah bagitahu babak 1 ni ada keajaiban.

    Apa beza الكهف dengan غار ?
                  Gua yang besar : الكهف
                Gua yang kecik :    غار 

   Pemuda alKahfi tak tidur statik. Allah bolak balikkan mereka.

   1) Mereka tak sedar dibolak-balikkan
   2) Mereka xder kecederaan dan kekal muda

   Apa benda first yang mereka bincangkan ?

  " yg penting skrg 'kita lapar', stop bincang pasal berapa lama kita tidur."

   Antara punca Nabi Musa tak sabar ( sewaktu peristiwa bersama dengan Zulqarnain), sebab lapar (diuji emosi). Kerana bilamana lapar, keputusan dan perbincangan tak sampai noktah.

   So, kat sini nk kata yg kita kena fokus kepada realiti, jangan panjangkan isu kepada benda yang tidak pasti. Kadang kita nak perancangan perfect sampai kadang kita lupa tawakal berlaku sebelum dan selepas.

   Allah tegur : Katakanlah والله أعلم untuk benda yang tidak pasti tapi fokus kepada benda yang realiti sekarang,

  Ayat واليتلطف {dalam keadaan sneaking } ada kaitan dengan لَطَفَ {Allah sangat senyap-senyap dalam merancanakan sesuatu}.

  Separuh cerita Nabi Yusuf, Allah gambarkan penderitaan Nabi Yusuf. Part last, Nabi Yusuf kata : "Allah dominate cerita aku everything". Nabi Yusuf pandai berkata-kata.

Dan Allah sedang takdirkan cerita aku sekarang ini  : والله غالب على أمري

Kenang balik janji kita dalam doa qunut "فلك الحمد على ما قديت "

Apa yg engkau takdirkan untukku : قضيت  → boleh jadi baik atau buruk

Nabi Muhammad diuji dengan kematian orang yang paling dia sayang, Khadijah dan Abu Talib. Allah comfort dengan surah Yusuf ( lagi teruk ujian )

                                                         (AlKahfi ; 100)    إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِّمَا يَشَاء
                                " Sesungguhnya Allah Maha Senyap-senyap menyelitkan hikmah"

Hikmah bertimpa-timpa selepas ujian bertimpa-timpa. 

   Punca : Keyakinan. It's all about mindset and believe. Jangan kita racunkan org lain pulak.

   Saat anda diuji, kenang peristiwa Nabi Yusuf diuji dengan abang sendiri khianat, ayah ingat dia dah mati dll.

   Teguran, Allah sinis Ashabul Kahfi sebab bangun dan membincangkan pasal berapa bilangan hari diorang tidur.

   Bilamana Allah mendiamkan sesuatu didalam Al-Quran, itu tandanya kita tak perlu fokus pasal cerita itu.

   Kenapa Allah tak mention berapa orang Ashabul Kahfi ? Sebab tak penting. Tapi yang penting, orang yang beriman akhir zaman memang sikit.

 Manusia selalu offside ; sibuk fikir berapa orang Ashabul kahfi.

Orang yang tidak beriman → tidak fokus → Perlu cari kawan yang baik untuk keep on track.

     Kita nak cari kawan, cari atas nama aqidah ! Atas dasar perjuangan Islam. Walaupun diberikan sahabat, Allah pesan 'Jadikan diri kamu berfungsi kepada sahabat'. Masa untuk jadi kawan yang berfungsi. Kawan yang baik sentiasa mengembalikan kawannya on track.

    Masalah fokus boleh bawa kepada masalah aqidah. Jangan minta Allah ringankan ujian. Tapi minta Allah untuk tambahkan iman kita untuk hadapi ujian tersebut. Segala masalah kita Allah dah jawab dalam al-Quran. Orang yang paling dekat dengan al-Quran adalah orang yang paling profesional. Buktikan anda sahabat dengan al-Quran. Allah kurniakan anda tilawah al-Quran hari-hari. Jangan tunggu masa lapang untuk baca al-Quran ! Tapi cipta masa untuk baca al-Quran. Tanda tadabbur, nagi kesan kepada hati. 

.والله أعلم