Monday 21 May 2018

ADAKAH INI RAMADHAN YANG TERAKHIR ?

باسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

          Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan beribadah pada hari ni di bulan yang mulia dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. :) Harini saya nak share isi dapatan kuliah Ustaz Abdullah Khairi yang saya hadir semalam 😁. Masa mula-mula baca viral message pasal Ustaz Abdullah Khairi akan bg ceramah kat Masjid AS-Shariff, sy excited sangat sbb saya memang suka dengar Ustaz punya ceramah sbb ada sense of lawak dalam dia punya kuliah tapi still berisi ilmu bukan sekadar lawak kosong tau .

          Bismillah saya mulakan. Di permulaan ceramah, ustaz bacakan ayat alquran, 
[ Surah Al-Baqarah ; 197 ]
"..وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ.."

dan ayat seterusnya, [ Surah Al-Hujurat ; 13]
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

yang menunjukkan bahawa yang beza antara kita sesama manusia adalah taqwa.
Seterusnya, Ustaz bacakan ayat [ Surah Al-Baqarah ; 183 ]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Sebagaimana kita tahu, matlamat kita puasa di bulan Ramadhan ini adalah Taqwa. Jadi apa itu maksud Taqwa ?

Kata Imam Ahmad ; Taqwa ialah ikut apa yang Allah suruh, kemudian menjauhkan diri dari apa yang Allah larang.

Saidina Ali pula mengatakan bahawa orang yang bertaqwa ada 4 kategori : 

  ( Tidak takut kecuali Allah ) الخوف من الجليل 💢 
 (Beramal dengan Al-Quran) والعمل بالتنزيل 💢

Dalam bulan Ramadhan ni, kena banyak buat tadarus. Even gagap, kalau sentiasa baca akan jadi fasih.
Ustaz menyarankan untuk ambil peluang hafaz 3 surah ini dlm bulan Ramadhan ini, In Shaa Allah cepat ingat dan kekal dan sebagai bekal di alam barzakh.

1. Surah Al-Mulk
2. Surah As-Sajdah
3. Surah Al-Waqiah 

Dan ustaz juga menekankan bagi seorang lelaki untuk mahir dalam 5 perkara ini ;

1. Boleh jadi Imam
2. Boleh baca doa selepas solat ( dlm arab)
3. Boleh solat jenazah
4. Buat tahlil
5. Baca doa tahlil

( Bersyukur walau sedikit)  الرضا ولو بقليل 💢
Kalau pergi bazaar Ramadhan, jangan beli banyak2. Di bulan puasa ni, kalau صام elok, maka قام pon elok. Kalau puasa kita baik, ibadah kita solat kita pon jadilah baik, lagi senang untuk buat. 

( Bersedialah untuk perjalanan panjang [akhirat] )  والإستعداد ليوم الرحيل 💢
Dengan berbekalkan zikrullah.
1. لإله إلا الله
2. سبحن الله وبحمده
سبحن الله العظيم
Zikir yang Allah suka, ringan di mulut, berat di timbangan.
3. اللهم صل على سيدنا محمد
4. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم
Untuk murah rezeki, amalkanlah istighfar banyak2.

والله أعلم

          ِAlhamdulillah selesai sudah. Okey, klu ikut isi yg ustaz sampaikan banyak jer lagi, huraian2 yang lebih detail, tapi atas khilaf penulis, banyak ni jer saya dapat. Semoga kita semua dapat ambil manfaat daripada perkongsian saya harini. Seandainya ada apa-apa kesalahan atau penambahbaikan bolehlah komen.