Sunday 7 December 2014

Cerpen : Aku Nak Bercouple Boleh Tak?


Allah... cantiknya perempuan tu. Macam bidadari dari kayangan seh! Ini yang aku suka kuliah ni!”
“Oh yeke. Baguslah tu, rezeki dia Allah bagi cantik.”
“Ala... kau tengoklah Aiman. Mesti kau pun ternganga punya.”
Aiman menggelengkan kepala melihat kembarnya.
“Ah kau ni. Aku kuat iman kot. Hehe. Hmm... yang mana?”
“Puih. Haha. Tu ha yang pakai tudung labuh dan muka putih comel tu. Kalau jadi makmun aku, alangkah bahagianya dunia baitul Muslim aku... Kau tak terasa macam tu ke Aiman? Ke kau takde nafsu? Hehe.” Danial tersengih.
Aiman terkesima seketika apabila melihat pelajar muslimah itu. Dia menarik nafas panjang.
Terus Aiman memandang ke muka Danial yang sedang tersengih.
“ Ish kau ni dani, pantang nampak dahi licin, naik tocang...
Solat jemaah kat masjid pun kadang - kadang miss.
Dah la, jom balik bilik.”
Aiman terus mengangkat beg dan keluar dari dewan kuliah.
Heh. "Kau kalau tak bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, tak boleh ke?"
“Haha.”
 Aiman gelak sendirian.
-----------
“Aiman, aku
nak minta fatwa kau boleh tak?”
“Boleh, tunggu 10 tahun lagi.”
“Haha.”
Hanis tergelak dengan respon spontan Aiman.
“ok aku nak minta pendapat kau. Ke nak kena tunggu 10 tahun lagi? Hehe.”
Aiman tergelak kecil.
“Haha. Apa dia? Kalau kau tanya hukum hakam yang kompleks, aku tak da jawapan untuk kau.”
“Okay, kau kenal Mariam?”
Aiman mengerut dahi..
“Alah, budak kuliah kita yang yang cantik tuh, yang bergaya muslimah sejati akhir zaman.”
Aiman tiba - tiba terbayang senyuman Mariam yang manis ketika pembentangan tugasan semasa di kuliah tempoh hari.
“Oh. Ha, ada apa dengan dia?”
 “Kau jangan cakap pada orang lain. Hmm... Aku...”
Aiman merenung Hanis dengan terangkat sebelah kening.
“Aku apa?”
“Sabar lah. Aku... Aku suka kat dia..” Hanis tersengih.
“Oh. Alhamdulillah..” Aiman senyum segaris.
Hanis sedikit terkejut dengan respon Aiman.
“Kau perli aku ke apa ni?” Hanis mengerut dahi sambil mengambil sebotol air mineral untuk diminum.
“Mana ada perli. Betullah aku cakap. Alhamdulillah kau masih normal lagi. Bukan gay.” Aiman tersengih.
Tersembur air mineral dari mulut Hanis.
“Selekehlah kau. Ha, dah tu kenapa pun kalau kau suka dia?”
Hanis mengelap mulutnya dan meletakkan air mineral di sebelahnya.
“Kalau aku ketuk kau dengan botol mineral ni, baru kau tahu. Hadoi.” Hanis merungut.
Aiman senyum dengan rungutan Hanis.
“Macam ni. Hari tu aku ada mesej dia. Aku nak bagitau perasaan aku pada dia...” Hanis menyambung cerita.
“Then?”
“Tapi aku segan. Aku... aku nak dia jadi isteri aku. Cumanya, yelah
kita masih belajar lagi.”
“Ok. Then?” Aiman mendengar dengan khusyuk dan tawaduk.
“ Tapi aku tak nak kehilangan dia. Aku nak couple dengan dia. Nak jadikan dia isteri belum mampu, aku nak dia jadi awek aku dulu. Itupun kalau dia terima.” Hanis menghela nafasnya.
Aiman mengangkat sebelah kening.
“Kau tahu apa hukum bercouple bagai ni?” Aiman mula bertanya.
Hanis mengerut dahi.
“Ada hukum ke?”
Aiman tersenyum.
“Dalam Islam, kita terikat dengan hukum. Dari bangun tidur sampai kita tidur semula, hatta sampai masuk lubang kubur. Makan, minum, jalan - jalan, pergi kuliah, baca buku, baca Naruto, dan semuanya ada hukum. Hatta nak gerakkan tangan pun ada hukum.”
Hanis makin mengerut dahi.
“Apa hukum gerakkan tangan?”
“Ada satu kaedah fiqh yang menyatakan lebih kurang macam ni, setiap perkara atau perbuatan yang dilakukan adalah harus selagi mana ia tidak dijelaskan hukumnya oleh Allah dan Rasul - Nya secara jelas dalam Al Quran atau As Sunnah. Dan hukum ini berubah mengikut tempat, masa, waktu dan ketika.”
Hanis menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Cuba kau jangan cakap bahasa langit. Aku tak faham sangat. Bagi la contoh.”
“Haha. Ok, contohnya makan nasi. Hukumnya harus. Kalau makan berlebihan sampai terlampau kenyang , boleh jadi makruh. Kalau makan nasi hasil dari mencuri hukumnya haram.”
Hanis menangguk.
“Hukum couple?” Hanis semakin berminat nak mengetahui.
Aiman senyum.
“Aku tak pandai nak menjatuhkan apa - apa hukum selagi mana perkara tu tak jelas atau bersuluh. Kalau nak tengok hukum terperinci, kau cuba beli buku “Bolehkah bercouple” keluaran Telaga Biru. Cumanya aku nak tanya kau, kenapa kau nak couple dengan dia?”
Hanis termenung seketika.
“Mungkin sebab aku tak nak kehilangan dia. Aku nak dia dengan aku.”
Aiman memandang mata Hanis.

“Kau agak, kalau kau couple dengan dia, kau confirm boleh kahwin dengan dia?” Aiman mula menduga.
Hanis berfikir sejenak. Teringat kawan - kawannya ada yang couple sampai bertahun - tahun kemudian putus, ada yang baru beberapa hari, lepas tu putus. Sampai ada yang frust tonggeng sebab putus terutama kawannya yang perempuan.
“Habis tu macam mana? Takkan aku nak biarkan saja. Nanti melepas bai...”
Aiman membaringkan diri untuk memandang langit di atas padang tempat mereka berehat dari jogging.
“Ingat tak eksperimen kimia kita yang gagal hari tu. Kau rasa sebab apa?”
Hanis menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa kebendalah kau ni menyimpang punyalah ke laut. Err... mungkin sebab kita tak ikut prosedur buku manual tu kot. Kenapa?”
Aiman tersengih.
“Allah jadikan manusia ini ada perasaan cinta dan kasih sayang. Itu lumrah manusia. Tiada manusia yang tak mahukan cinta dan kasih sayang. Tetapi Allah juga turunkan Islam berserta AL Quran sebagai manual agar manusia mengikut prosedur yang telah ditetapkan supaya dapat mengawal perasaan cinta dan kasih sayang itu dengan sebaiknya. Tetapi kena faham baik - baik,
Islam bukan saja diturunkan untuk mengawal perasaan cinta dan kasih sayang saja, malah lebih luas dari itu.”
“Apa dia?” Hanis mengerut dahi.

“Highway of life.”
Hanis menangguk. Dia pun turut baring sekali memandang langit.
“Cinta dan kasih sayang itu sepatutnya ditumpahkan kepada orang yang betul supaya satu hari nanti kita tidak menyesal. Letak ketepi dulu cinta kepada Allah, Rasul - Nya dan yang biasa kita dengar. Sekarang ni apa aku nak kata tentang cinta antara lelaki dan perempuan.”
“Antara prosedur yang Allah dan Rasul - Nya ajar kepada manusia adalah dengan berkahwin.”
Hanis termenung. Memikirkan tentang persoalan kahwin barangkali.
“Tetapi kalau tak mampu berkahwin, Rasulullah sallahu alayhi wasallam ajar agar berpuasa.Puasa bukan puasa yang “cap ayam”, tetapi puasa dengan penuh ketaqwaan. Baru betul - betul berkesan. Dan dalam masa yang sama baginda juga ajar untuk menundukkan pandangan apabila berhadapan dengan perempuan kalau pandangan itu tidak bertujuan apa - apa.”
Hanis menghelakan nafasnya.
“Hanis, jodoh ini macam rezeki. Dah ditetapkan pun. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah dengan ikhtiar untuk mencari.”
“Serius?”
Hanis terus terduduk. Bersinar - sinar matanya.
Aiman tergelak.

“Kalau kau suka pada dia, cukup saja kau pendamkan perasaan kau. Dan yang paling penting sekali...”
Hanis mengangkat kening.
“Doa. Kita kan ada Allah. Kita bukan makhluk yang tidak mengaku tuhan. Doa sungguh -sungguh,dalam masa yang sama, buat persediaan yang rapi dan sebaiknya.”
“Persediaan macam mana?” Hanis menggaru kepalanya.
“Persediaan ilmu, persediaan fizikal, dan persediaan mental. Kena ada ilmu tentang munakahat,kena ada persediaan kewangan sedikit, dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau pergaduhan selepas mendirikan rumahtangga. Tentang kewangan, walaupun ia bukanlah syarat, tetapi untuk hari ini, ia menjadi satu keperluan. Aku rasa kau pun faham. “
“Kalau kau dah rasa cukup bersedia termasuk dengan kewangan, maka yakinkan pula mak ayah kau yang kau mampu jaga anak orang. Kalau mereka dah yakin, maka teruslah melamar.”
Aiman mengambil sedikit nafas dan memberikan senyum sebagai sebuah suntikan anjakan paradigma baru kepada Hanis.
“Hmm.. Kalau dia dah dilamar orang?” Hanis mengeluh.
“Ramai lagi muslimat akhir zaman dalam dunia ni. Belum pupus lagi. Mai ikut aku join usrah dalam organisasi aku. Selain menguruskan usrah, kami ada unit Baitul Muslim yang mana menguruskan hal - hal macam ni. Tapi ada prosedurnya lah.”
Hanis memandang Aiman dengan mata yang bersinar gemerlapan.

“Kau jangan buat muka nak kena penyepak boleh tak?” Aiman  gelengkan kepala.
“Haha. Macam mana nak join kau?”
“Malam nanti ikut aku pergi usrah. Nanti aku kenalkan kau pada murabbi aku. Amacam, ada bran?”
“Demi sebuah masa depan yang gemilang terbilang, aku rela mengikuti kau Aiman.”
“Puih! Tak payah nak bersinetron petang ni la.”
Aiman dan Hanis bergelak besar.
“Hah, kau masih tak menjawab persoalan aku lepas kau bebel panjang - panjang ni. Jadi apa hukum bercouple ni?”
“Heh. Ingat lagi kau rupanya. Ingatkan dah lupa. Aku ambil pendapat yang paling keras dan aku yakin paling benar, iaitu haram bercouple dengan nafsu dan syahwat dengan perempuan bukan mahram.”
“Oh.. Tak boleh couple lah ni. Kan senang kalau kau cakap dari awal.” Hanis mengerut dahi.
“Boleh couple lah...” Aiman menduga.
Terbeliak biji mati Hanis. Dia mengangkat keningnya.
“Selepas kahwin?” Hanis menduga sambungan ayat Aiman.
“Selepas nikah.I rest my case.Dah jom balik. Dah nak maghrib ni...” Aiman terus bangun dan mencapai basikalnya.
“Ceh... lebih kuranglah tuh.” Hanis mencebik bibir.
“Alhamdulillah, aku bersyukur ya Allah kerana mempunyai sahabat seperti Aiman. Moga kami terus bersahabat sampai ke syurga..” Hanis bermonolog sendirian lantas mencapai basikalnya.
~HIMPUNAN CERPEN TARBIAH SENTAP [ SIRI 1 ]

Saturday 22 November 2014

Bedtimes Story Sentap (BSSentap) - #35
Maaf malam ni lewat sikit.. Saya baru balik rumah.. InsyaAllah malam ni kita akan teruskan dengan juzuk yang ke 25..
Wah.. lagi 5 juzuk nak habis khatam Quran.. Sekejap je masa berlalu.. Allah..
InsyaAllah malam ni kita teruskan dengan surah ke 42 iaitu surah Ash Shura, ayat 36 hingga 37..
Bismillah..
فَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;"
(Surah Ash Shuraa [42] : 36-37)
Dalam ayat yang 36, Allah bagitahu kepada orang-orang yang betul-betul percaya pada Allah..
Apa yang Allah bagitahu?
Allah bagitahu apa yang ada di sisi Allah tu LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMA-LAMANYA daripada apa yang ada di sisi manusia..
Contohnya?
Kalau korang ada kereta, Allah boleh bagi korang kereta yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada rumah, Allah boleh bagi korang rumah yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada isteri atau suami, Allah boleh bagi korang isteri dan suami yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada anak-anak, Allah boleh bagi korang anak-anak yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Dengan kata lain, kalau suami, isteri atau anak-anak korang masuk Syurga dengan korang (Amin), mereka akan jadi LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA dengan korang..
Kalau isteri, mungkin nampak lagi muda menawan jelita dan segala bagai la.. Tak payah pakai jamu susuk dara la, botox la apa la.. Original punya, bahkan lebih cantik dari perempuan yang korang pernah jumpa..
Kalau suami, mungkin nampak lagi macho hensem segak six pad dan segala bagai la.. Tak payah pergi gym, makan protein supplement bagai.. Original punya, bahkan lebih hensem daripada lelaki yang korang pernah jumpa..
Kalau anak-anak, mungkin akan jadi comel tembam cute sentiasa macam masa kecik.. Kalau korang suka dah besar, mungkin anak2 korang dah besar seperti yang korang nak..
Sebab Allah tahu..
Kita semua nak semula apa yang ada kat dunia ni, ada kat dalam Syurga.. Kan?
Perpisahan dan perubahan tu menyakitkan..
Tetapi dalam Syurga sana, tiada erti perpisahan, dan tiada erti perubahan..
Yang ada hanyalah LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Walaupun kat dunia korang ada hidup yang BAIK.. tetapi kat Akhirat Allah bagi infinity lebih baik daripada kita pernah ada !
Dan nikmat yang super duper power rangers tahap 100 petala langit punya best ni bukan hanya dinikmati orang yang percaya pada Allah sungguh2 je,
tapi dia MESTI dan mesti BUAT 3 benda masa kat dunia..
Apa dia?
Yang pertama,
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang MENJAUHI dosa-dosa besar.."
Apa dosa-dosa besar ni?
Minum arak, berzina, bagi rasuah, curi duit mak ayah, pergi kelab malam, curi duit syarikat, melabur dalam syarikat yang haram, dan segala macam dosa besar..
Korang kena BERHENTI.. mesti berhenti.. Cubalah sedaya upaya untuk berhenti..
Kalau tak, macam mana nak dapat Syurga?
Kemudian yang kedua Allah bagitahu,
وَالْفَوَاحِشَ
".. serta perbuatan-perbuatan yang keji.."
Perbuatan yang keji ni termasuklah tengok pornongrafi, dating dengan awek pegang tangan bagai, upload gambar seksi, tak tutup aurat dan sebagainya..
Segala benda yang boleh menyebabkan korang boleh buat benda keji dan dosa besar,
JAUHINYA.. LARI daripada benda tu.. Kalau boleh korang lari, orang lari sprint 100m daripada benda tu..
Kemudian yang ketiga Allah sebut,
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
"...dan apabila mereka marah, mereka memaafkannya;"
Korang dan saya sebolehnya tahan marah. .Tahan marah.. tinggalkan debat yang sia-sia.. Kalau boleh tahan marah, tahan sungguh2..
----
Pengajaran dari ayat ni, saya ringkaskan je sebab dah membebel panjang atas tu.
1. Tinggalkan dosa-dosa besar.
2. Tinggalkan dosa-dosa kecik iaitu perkara yang keji.
3. SABAR.
ketiga2 benda ni mesti kita PRIORITIKAN dalam hidup kita..
wallahu'alam
rujukan : Major Sins & Shamelessness [Juz 25] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly

Thursday 20 November 2014

Yang Dikatakan Akhlak Dalam'Islam' ''

Hari ini saya akan berkongsi tentang yang dikatakan akhlak Islam . Akhlak Nabi Muhammad S.a.w adalah akhlak Islam kerana akhlak ini bersumber dari Al-Quran dan al-Quran datang daripada Allah .Akhlak Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan akhlak wad'iyah [ciptaan manusia].

Akhlak yang mulia dan terpuji menurut ajaran Islam antara lain ialah:
  1. Berani dalam segala hal yang positif , membela kebenaran serta sanggup menghadapi tentangan dan ancaman .
  2. Adil dalama memutuskan sesuatu tanpa membezakan kedudukan , status sosio-ekonomi , mahupun hubungan kekeluargaan .
  3. Bijaksana dalam menghadapi dan memutuskan sesuatu .
  4. Mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.
  5. Pemurah dan suka menafkahkan hartanya , pada waktu senang mahupun susah .
  6. Ikhlas dalam melakukan setiap amal perbuatan semata-mata kerana Allah .
  7. Cepat bertaubat dan meminta ampun kepada Allah jika melakukan sesuatu dosa .
  8. Jujur dan benar
  9. Tenang dalam menghadapi pelbagai masalah , X keluh kesah dan gundah gelana .
  10. Amanah .
  11. Sabar dalam menghadapi setiap cubaan @ melaksanakan kewajipan ibadah dan kebaktian kepada Allah.
  12. Pemaaf .
  13. Penuh kasih sayang dan belas kasihan .
  14. Lapang hati dan tidak membalas dendam .
  15. Selalu optimis menghadapi kehidupan dan penuh mengharap kepada Allah .
  16. Selalu menjaga diri daripada segala sesuatu yang dapat merosakkaN kehormatan dan kesucian .
  17. Malu melakukan perbuatan yang tidak baik .
  18. Mengutamakan perdamaian daripada permusuhan .
  19. Zuhud dan x rakus terhadap kehidupan duniawi .
  20. Reda atas segala ketentUan yang ditetapkan Allah .
  21. Setia terhadap teman ,sahabat , dan sesiapa sahaja yang ada pertalian dengannya .                                                        OKEYLAH , SAMPAI SINI SAJA UNTUK HARI INI . SEMOGA KITA SEMUA DAPAT BERAMAL DENGAN AKHLAK-AKHLAK YANG TERPUJI INI IN SHAA ALLAH :) 

Friday 7 November 2014

Tazkirah For Today !

Rasululah S.a.w. pernah bersabda "Yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka ialah lidah dan kemaluan ."

Dari Anas , ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w "Tiap-tiap anak Adam itu berbuat banyak kesalahan , tetapi sebaik-baik orang yang berbuat banyak kesalahan itu , ialah orang yang banyak bertaubat . (HR Tarmizi & Ibnu Majah ) . Telah bersabda Rasulullah s.a.w. :"Orang yang bertaubat sama seperti orang yang tidak berdosa. (HR Ibnu Majah )