Saturday 2 February 2019

Pemergiannya bagaikan mimpi

07.12.18 (Jumaat)
Abah hantar whatsapp kat group family dengan gambar tok ayah.
[18:42]
Abah : Tok ayah kaha berat... Semua waris dah mari.. Takdah g singapura... Sekat KL... jah 
[18:53]
Abg Jie : In Shaa Allah jie balik mlm nie lps kijo tgok tok ayah.
[18:58]
Me : Abg jie, nk ikut
[19:28]
Abg Jie : Ho buleh dlm pkul 1pgi jie sapa kat jah

Tanpa fikir panjang, aku decide untuk ikut abang Jie balik kampung untuk tgok Tok Ayah walaupun cadangnya nak balik weekend minggu depan lepas exam Fiqh Sirah.

Bila tengok gambar tok ayah yg abah hantar, terus datang rasa takut, berdebar dan sebak. Takut akan kenyataan yang pasti iaitu ajal. Air mata terus mengalir tanpa dapat ditahan sehinggalah dalam solat maghrib. Lepas solat maghrib, aku kebelakang untuk tunaikan solat hajat. Sekali lagi air mataku jatuh tak tertahan. Bayangan tok ayah yang melayan kerenahku dan menjagaku dari kecik terus menerpa di fikiran. Aku berhenti lama di sujud terakhir, memohon doa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu Tok Ayah buat kali terakhir.

Farha yang solat disebelah nyata sedar akan tangisanku.

"Izzah kenapa?"

Air mata mengalir deras.

"Saya takut. Atuk saya sakit"

Datanglah beberapa muslimat lain kearahku, memberi kekuatan dengan doa dan kata semangat.

Selepas makan malam, aku call abah menanyakan tentang tok ayah.

"Tok ayah tak lama dah. Baguslah jah balik dgn abang jie mlm ni, suruh abang jie bawak kereta molep"

Aku gagahi untuk terus menyertai program liqa' wada itu sampai keakhirnya sebelum pulang ke bilik.

Sampai jer bilik, aku terus mula mengemas barang-barang untuk bawa balik ke rumah dan terus berjaga dan menanti abang jie yang akan sampai dalam pkol 1 nanti.

Tiba-tiba notification whatsapp masuk.

[00:39]
Abang Jie : Jah. Dop jadi balik malam nie. Sbb kereta Jie dop brapa ok tuk balik nie. Tgok esok or lusa. Sorry Jah

[00:44]
Me : ookey Jie

'Erm xperlah balik bila pun asal balik untuk jupo tok ayah'

"Ulfa, saya tak jadi balik malam nie! So, saya nak tido"

Tak sampai 5 minit, aku dah terlena.

.....

Tersedar jam 4 pagi. Tengok phone ada 8 misscall dari Abg Jie. Terus rasa tak sedap hati. Otak mula fikir macam-macam. Then masuk panggilan Abg Jie.

"Helo jah, tido ko?"
"Ho. bakpo Jie?"
"Jie jadi balik ni. 20 minit lagi nak sapa kat Jah"
"Ho okey Jie, nanti sapa Jie oyak lah"

Aku terus pergi toilet, basuh muka dan bersiap untuk balik.

4.40 pg abg Jie sampai dan kami terus bertolak balik ke Besut.

"Abg jie tanya Piye keadaan tok ayah. Piye oyak tak lama dah. Kena balik jugak malam ni"

"Pastu Piye hantar gambar abah tido atas sofa jer kat rumah tok ayah sebab jaga tok ayah"

"Kalau Jah tak bangun tadi, Jie balik sorang doh"

Dalam hati 'Ya Allah, terima kasih lah kejut aku bangun tepat pada masanya. Klu tak, lambat lagilah boleh balik'

Sepanjang perjalanan, aku tahan mata untuk tidak tido dan teman Abg Jie

Sebelum bertolak, aku mesej abah untuk memberitahu yang kami baru bertolak.

[04:59]
Me: Abah, ijah ngan Abg Jie baru bertolak balik ni
[05:11]
Abah : Maasha Allah lewatnya bertolak

[05:30]
Dapat call dari Abah

"Helo Jah. Tok Ayah takdop doh" "Baliklah Jah. Baliklah"
"Inna Lillahi wa Inna Ilaihi rajiun"

Kedengaran suara sebak tangisan Abah dihujung talian.

Air mata terus mengalir tanpa tertahan.

"Abg Jie, tok ayah xdop doh" "Tok dea nak jupo"

Masatu rasa macam mimpi. Kupanjatkan doa kepada arwah Tok Ayah.

"Abg Jie rasa doh. Sbb tu Abg Jie nak balik jugak malam ni"

Dalam group ws (Adik Beradik)
[05:38]
Abg Ngah : Salam blako.. Tok Ayoh meninggal doh pukul 4 pagi.. Abg Ngah blk pg ni. Alfatihah
[05:41]
Kak Tie : Allahuakbar... Inna Lillah
[05:42]
Me : إنا لله وإنا إليه راجعون
[05:42]
Kak Tie : Jah dey jupo?
[05:42] : Ijah ngan Abg Jie otw balik doh ni. xdea jupo Abah call ijah xd. Abah nangis
[05:43] : Allah sedeyhnya. Kakti sero doh.. abah sedih dari malam tadi lagi

Air mata terus mengalir dalam sepi sepanjang malam.

Lepas stop untuk solat subuh. Kepala terasa berat. Mata terasa letih sebab berjaga sepanjang malam dan menangis. Aku decide untuk melelapkan mata sementara hari sudah cerah.

Group ws Anak-anak Tercinta
[06:20]
Abah : Assalamalaikum semua, Tok Ayah Hj Jusoh bin Mohamad telah kembali ke rahmatullah jam 5.25 pagi ni
[06:20]
Kak Na : Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga tok ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman
[06:21]
Kak Tie : Waalaikumsalam Abah. Innalillahiwainailaihirajiun. Semoga tpk ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman... semoga udah urusan pengebumian tok ayah
[06:24]
Abah : Baca Fatihah sekali, qulhuwallah sekali dan yasin sekali... Niat sedekah ke tok Ayah..Sebut nama
[06:25]
Abg Jie : Jie duk hentian Benta breti maye subuh. Mungkin sapa pkol 10 pagi
[06:26]
Abah : Baik. Hati2 memandu.. Kebumi jam 11 pagi.

"In shaa Allah dea dengan kita sebelum arwah tok ayah dikebumikan"