Saturday 20 July 2019

Gerhana Bulan

Image result for gerhana bulan




Tengah breakfast dgn abah sambil tengok TV

"...Anda juga boleh mengenalpasti perubahan arah kiblat dengan cara..."

"Gane Jah dia suruh buat untuk cek arah kiblat?" soal Abah

Adehh.. aku bukannya fokus pon dgn apa yg dia ckp, dahla cakap laju 
" Tak tahulah abah, tak dengar sangat"

"Tu dia oyak boleh cek pukul 5.28 pm.. Jah tolong cek deh petang ni. Buat macam dia suruh"

"Okey Abah"
Hmm.. ajak Ajiq skali lah. Tapi petang ni Auni ajak hangout kat Jerteh, sempat ke tak ni nak balik...

...
..
.

6.30 pm

"Jadi bagaimana kakjah rancangan Kakjah untuk cek arah kiblat tadi ?" seloroh Haziq
"Alaaa 5.30 tadi Kakjah baru nak smaye asar sbb baru sapa rumah"
"Takpelah kakjah, lagipun tadi hujan"
"Fuhh selamat... bolehla jadikan alasan takleh cek arah kiblat"

Selepas makan malam

"Jiq, cantiknya bulann.. Subhanallah" terpegun aku tengok bulan dari tingkap. Terang bulat menyinari kegelapan malam. Nak ambil gambarlah.. buat story..



Tiba-tiba Abah yang baru balik solat Isyak berjemaah di masjid datang menyapa.
"Haziq Mirza dengan Izzah Farhana, esok kena ikut Abah ...
Abah nak ajak gi kebun ke ??
.... ikut Abah gi smaye Subuh kat masjid, sebab masjid akan adakan solat sunat gerhana dan ada khutbah gerhana. 5.30 tu gerhana penuh"

"Ook abah" Serentak aku dan Haziq jawab.

"Dalam 5.30am camtu kita gerak ke masjid, nanti Abah akan kejut lah awal lagi drpd tu"

"Ok abah"

Aku tengok Haziq, "Jiq, kita kena tidur awal ni" pastu teruskan tengok cerita.

Sebelum tidur, aku set alarm nak bangun pukul 5.

tenenenenenene

...5.00am.. ngantuknyaa, nak mandi ke tak ea, tapi klu tak mandi, kan syahid awal dalam masjid, tidurlah lagi 10minit..
...5.10am.. ish ngantuk lagini.. kalau tak bangun sekarang, kan tak sempat mandi.

5.30am tepat kami bertiga bergerak ke masjid

"Tengoklah orang kampung ni, masani tak datang lagi masjid"
Aku melempar pandangan keruangan kawasan masjid, haahla takde orang lagi

"Tu, dah ada Imam" balas Haziq

"Imam tak kira.. sebab memang tugas dia.. orang lain ni"

Aku terus berjalan sendiri ke pintu masuk bahagian muslimat dan abah bersama Haziq ke ruangan solat muslimin

..Menguap... Aish, dah mandi pon still tak segar lagini

Sementara menunggu masuknya waktu, aku tunaikan solat sunat dua rakaat. Bila dah lepas azan, ahli qaryah mula datang ke masjid dan memenuhi saff. Walaupun taklah penuh sangat, tapi jumlah jemaah muslimin dan muslimat adalah dlm 30 org.

Sebelum Imam memulakan solat Subuh, bergema suara Abah di speaker masjid untuk memaklumkan kepada semua jamaah tentang agenda masjid untuk dinihari itu

Selesainya solat Subuh berjemaah, Imam memberitahu cara-cara solat gerhana sebagaimana berikut;
.
a.   Rakaat Pertama
1.       Takbiratul Ihram.
2.       Membaca doa iftitah.
3.       Membaca Ta`awudz.
4.       Membaca surah Al-Fatihah.
5.       Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.       Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau  mana-mana surah.
8.       Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9.       Iktidal.
10.     Sujud dan membaca tasbih.
11.     Duduk antara 2 sujud.
12.     Sujud kembali.
13.     Berdiri ke rakaat kedua.
b.   Rakaat kedua.
1.       Membaca surah Al-Fatihah.
2.       Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.       Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.       Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5.       Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6.       Iktidal.
7.       Sujud dan membaca tasbih.
8.       Duduk antara 2 sujud.
9.       Sujud kembali.
10.     Membaca tasyahud akhir.
11.     Memberi salam


          Cuma cara-cara yang Ustaz ajarkan kepada ahli qaryah lebih ringkas seperti bacaan tasbih zikir fatimah sebanyak 5 kali sewaktu rukuk, dan Ustaz juga hanya membacakan surah-surah pendek sahaja pada setiap rakaat. Hal ini mungkin untuk mengelakkan daripada ahli qaryah berasa berat untuk melakukan solat Gerhana pada masa yang akan datang.

Seusai solat, Imam meneruskan dengan khutbah gerhana bulan. Dalam keadaan yang masih mengantuk dan tak berhenti menguap, ni antara point yang aku dapat;

- Kita mestilah percaya bahawasanya Allah SWT pentadbir seluruh alam semesta
- Kejadian Gerhana Bulan adalah apabila bulan berada bertentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari.
- Dalil daripada surah Fussilat, ayat 37: yang bermaksud 'dan sebahagian drpd tanda-tandaNya ialah malam, siang, matahari dan bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya , jika kamu hanya menyembah kepadaNya.'
- Gerhana berlaku atas sebab sifat wajib bagi Allah yang berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tak dapat dihalang didunia ini.
- Kita tidak boleh mensyirikkan Allah dengan menyembah gerhana
- Banyakkan bersedekah 
- 'Wahai umat Muhammad, jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis...'

Antara nasihat yang diberikan Imam adalah:
1. Hendaklah berfikir dan bertafakkur setiap kejadian Allah SWT.
2. Jauhkan diri daripada lalai dan lupa Allah SWT.
3. Meningkatkan amal kebajikan
4. Berusaha memohon taubat

Catatan khutbah kedua tak tercatat nampaknya.. mungkin tersyahid tanpa sengaja.

Balik jer dari masjid, Haziq mengajukan soalan
"Kakjah, bakpe Ust ckp menyembah gerhana tu syirik?"
Sambil-sambil buka kunci pintu rumah 
"Haa.. kakjah ingat Ust ada sebut pasal tu! ermm sebab taknak mensyirikkan Allah lah.."
"Betullah.. tapi sebenarnya pada zaman jahiliah dulu, umat zaman tu percaya bahawa gerhana berlaku apabila ada kematian orang-orang hebat"
"Ooo" 
"Dan kebetulan ada satu hari bilamana berlakunya gerhana, anak Nabi Ibrahim wafat.. Jadi mulalah tersebarnya kesyirikan disitu dan Nabi Muhammad cuba untuk membetulkan fahaman umat Jahiliyah pada waktu itu mengenai gerhana"
"Wah.. hebatnyaa jiq tahu sirah sekali...."

Wallahu a'lam

Apa yang tertulis hanyalah imbas kembali dan berkemungkinan ada sedikit tokok tambah dalam penulisan ini. Ambillah yang baik, yang buruk itu mohon teguran agar kita sama-sama dapat perbetulkan.


Tuesday 19 March 2019

          I am about to sink in the negativity inside me.
          I need to go home as soon as possible to recharge the positivity in me 😭
          And so I can prevent it from spreading to people surround me.
          Tommorow is just too long
          At this very moment, I will be very bold, to cover how fragile I am inside.
          So bold so I will hurt my own friend.
          Sorry.

Saturday 2 February 2019

Pemergiannya bagaikan mimpi

07.12.18 (Jumaat)
Abah hantar whatsapp kat group family dengan gambar tok ayah.
[18:42]
Abah : Tok ayah kaha berat... Semua waris dah mari.. Takdah g singapura... Sekat KL... jah 
[18:53]
Abg Jie : In Shaa Allah jie balik mlm nie lps kijo tgok tok ayah.
[18:58]
Me : Abg jie, nk ikut
[19:28]
Abg Jie : Ho buleh dlm pkul 1pgi jie sapa kat jah

Tanpa fikir panjang, aku decide untuk ikut abang Jie balik kampung untuk tgok Tok Ayah walaupun cadangnya nak balik weekend minggu depan lepas exam Fiqh Sirah.

Bila tengok gambar tok ayah yg abah hantar, terus datang rasa takut, berdebar dan sebak. Takut akan kenyataan yang pasti iaitu ajal. Air mata terus mengalir tanpa dapat ditahan sehinggalah dalam solat maghrib. Lepas solat maghrib, aku kebelakang untuk tunaikan solat hajat. Sekali lagi air mataku jatuh tak tertahan. Bayangan tok ayah yang melayan kerenahku dan menjagaku dari kecik terus menerpa di fikiran. Aku berhenti lama di sujud terakhir, memohon doa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk bertemu Tok Ayah buat kali terakhir.

Farha yang solat disebelah nyata sedar akan tangisanku.

"Izzah kenapa?"

Air mata mengalir deras.

"Saya takut. Atuk saya sakit"

Datanglah beberapa muslimat lain kearahku, memberi kekuatan dengan doa dan kata semangat.

Selepas makan malam, aku call abah menanyakan tentang tok ayah.

"Tok ayah tak lama dah. Baguslah jah balik dgn abang jie mlm ni, suruh abang jie bawak kereta molep"

Aku gagahi untuk terus menyertai program liqa' wada itu sampai keakhirnya sebelum pulang ke bilik.

Sampai jer bilik, aku terus mula mengemas barang-barang untuk bawa balik ke rumah dan terus berjaga dan menanti abang jie yang akan sampai dalam pkol 1 nanti.

Tiba-tiba notification whatsapp masuk.

[00:39]
Abang Jie : Jah. Dop jadi balik malam nie. Sbb kereta Jie dop brapa ok tuk balik nie. Tgok esok or lusa. Sorry Jah

[00:44]
Me : ookey Jie

'Erm xperlah balik bila pun asal balik untuk jupo tok ayah'

"Ulfa, saya tak jadi balik malam nie! So, saya nak tido"

Tak sampai 5 minit, aku dah terlena.

.....

Tersedar jam 4 pagi. Tengok phone ada 8 misscall dari Abg Jie. Terus rasa tak sedap hati. Otak mula fikir macam-macam. Then masuk panggilan Abg Jie.

"Helo jah, tido ko?"
"Ho. bakpo Jie?"
"Jie jadi balik ni. 20 minit lagi nak sapa kat Jah"
"Ho okey Jie, nanti sapa Jie oyak lah"

Aku terus pergi toilet, basuh muka dan bersiap untuk balik.

4.40 pg abg Jie sampai dan kami terus bertolak balik ke Besut.

"Abg jie tanya Piye keadaan tok ayah. Piye oyak tak lama dah. Kena balik jugak malam ni"

"Pastu Piye hantar gambar abah tido atas sofa jer kat rumah tok ayah sebab jaga tok ayah"

"Kalau Jah tak bangun tadi, Jie balik sorang doh"

Dalam hati 'Ya Allah, terima kasih lah kejut aku bangun tepat pada masanya. Klu tak, lambat lagilah boleh balik'

Sepanjang perjalanan, aku tahan mata untuk tidak tido dan teman Abg Jie

Sebelum bertolak, aku mesej abah untuk memberitahu yang kami baru bertolak.

[04:59]
Me: Abah, ijah ngan Abg Jie baru bertolak balik ni
[05:11]
Abah : Maasha Allah lewatnya bertolak

[05:30]
Dapat call dari Abah

"Helo Jah. Tok Ayah takdop doh" "Baliklah Jah. Baliklah"
"Inna Lillahi wa Inna Ilaihi rajiun"

Kedengaran suara sebak tangisan Abah dihujung talian.

Air mata terus mengalir tanpa tertahan.

"Abg Jie, tok ayah xdop doh" "Tok dea nak jupo"

Masatu rasa macam mimpi. Kupanjatkan doa kepada arwah Tok Ayah.

"Abg Jie rasa doh. Sbb tu Abg Jie nak balik jugak malam ni"

Dalam group ws (Adik Beradik)
[05:38]
Abg Ngah : Salam blako.. Tok Ayoh meninggal doh pukul 4 pagi.. Abg Ngah blk pg ni. Alfatihah
[05:41]
Kak Tie : Allahuakbar... Inna Lillah
[05:42]
Me : إنا لله وإنا إليه راجعون
[05:42]
Kak Tie : Jah dey jupo?
[05:42] : Ijah ngan Abg Jie otw balik doh ni. xdea jupo Abah call ijah xd. Abah nangis
[05:43] : Allah sedeyhnya. Kakti sero doh.. abah sedih dari malam tadi lagi

Air mata terus mengalir dalam sepi sepanjang malam.

Lepas stop untuk solat subuh. Kepala terasa berat. Mata terasa letih sebab berjaga sepanjang malam dan menangis. Aku decide untuk melelapkan mata sementara hari sudah cerah.

Group ws Anak-anak Tercinta
[06:20]
Abah : Assalamalaikum semua, Tok Ayah Hj Jusoh bin Mohamad telah kembali ke rahmatullah jam 5.25 pagi ni
[06:20]
Kak Na : Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga tok ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman
[06:21]
Kak Tie : Waalaikumsalam Abah. Innalillahiwainailaihirajiun. Semoga tpk ayah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman... semoga udah urusan pengebumian tok ayah
[06:24]
Abah : Baca Fatihah sekali, qulhuwallah sekali dan yasin sekali... Niat sedekah ke tok Ayah..Sebut nama
[06:25]
Abg Jie : Jie duk hentian Benta breti maye subuh. Mungkin sapa pkol 10 pagi
[06:26]
Abah : Baik. Hati2 memandu.. Kebumi jam 11 pagi.

"In shaa Allah dea dengan kita sebelum arwah tok ayah dikebumikan"