Saturday 13 May 2017

DOA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 💜

    Alhamdulillah 'ala kulli hal .... Sedar tak sedar, hampir setahun aq menetap di bumi CFS ini unt menuntut ilmu . 😅 Sem 3 baru sahaja melabuh tirainya dan majoriti kawan-kawanku akan grad unt asasi di CFS ni, and tinggallah kami beberapa ketul jer kat CFS ni 🙎 untuk meneruskan perjuangan sebagai Mujahid di jalang juang Allah dalam menuntut ilmuNya dan menperjuangkan agamaNya. Tipu, kalau aku katakan yg aq tak terasa sedih dengan perpisahan ni, tipu kalau aq x terasa kehilangan dengan perpisahan ini .. Mereka yg bersama aku sewaktu jatuh bangkit kat CFS ni, study sama2, story sama2, hangout sama2, and berperang sama2 kat examination hall tu akan pergi. Walaupon semua tahu, hakikat pertemuan pasti akan ada perpisahan, sama ada sementara ataupon selama-lamanya. Tapi still, sedih. Harapan ; andai ini pertemuan terakhir kita di dunia, semoga kita dpt teruskan ukhuwwah ini di Syurga. Amin.

    Terimbau kenangan sewaktu cuti lama selepas tamat pengajian di sekolah menengah dulu; , hidup masa tu amatlah lagha, x mencerminkan diri sebagai ahlul quran 😣 sedeyh. Jujur, sedeyh sangat dengan diri ini tika itu, kecewa dengan diri sendiri sebab mudah sangat tumpas dengan perhiasan dunia, dengan fitnah dunia. Masa tu, rindu sangat untuk berada di Imtiaz balik,untuk hidup dalam bi'ah alQuran di situ tp masa takkan pernah dpt diputar kembali. Dan saat itu, untuk berubah, untuk bangkit dari kelalaian itu sukar, susah sangat. Tapi rasa yakin kepada pencipta, Allah S.W.T itu ada, yakin dengan rahmatNya yg tak akan pernah putus terhadap hambaNya, ku lazimi doa kepada Allah ta'ala untuk hadirkan kepadaku sahabat yang baik, spessifically roomate yg baik sewaktu di universiti nnt agar boleh bimbing aq ke syurgaNya. Aq berdoa tanpa putus dan meletakkan sepenuh pengharapan kpd Allah kerana yakin Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih. 

   Indeed, Allah itu Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya, dlm keadaan diri ini yg sgt hina, yg selalu alpa dengan dunia, Allah kabulkan permintaan hambaNya yg kerdil ini... Allah telah kurniakan roommates yg sgt baik. Dari first day aku menjejakkan kaki ke CFS, dari first day kami berkenalan, kami dah dpt bonding each other, mcm dah lama kenal, buktinya first day kenal dah boleh ketawa sama2. Semua ada basic agama yang kuat. Alhamdulillah. Sekarang, genap 3 sem kami bersama dlm satu bilik yg kecil ini. Dengan merekalah, aku cuba bina balik hubungan dgn Allah, syukur sangat2, for every second when i see them... x putus-putus aq panjatkan rasa syukur kpd Allah kerana telah menghadirkan mereka dlm hidup ini. Dengan adanya merekas semua, bilik kami tak pernah sunyi dari alunan ayat suci al-Quran. Ikatan akidah ini juga dikuatkan dengan amalan solat berjemaah yang kami cuba usahakan sejak minggu pertama disini. Semuanya mudah, mudah untuk mendekatkan diri kpd Allah.. dengan adanya mereka... rasa bersemangat bila dapat buat semuanya secara berjemaah, Mungkin barakah pertemuan ini pada bulan Ramadhan. Kadang, malu dengan diri sendiri yg amatlah kerdil nak dibandingkan degan mereka, rasa tak layak dengan gelaran yang ada. 

   They are so precious in my life, and we had such amazing time together. Mereka amatlah sabar melayan karenah diri ini yang banyak ragamnya, terkadang ego memuncak, mulut yang x tahu nk stop, semua benda nk diceritakan, tp mereka tetap setia mendengar. Terkadang diri ni x terurus kekemasannya, tetapi mereka tak pernah menjauh.. Mereka terima diri ni seadanya.        

      And now, salah satu dari kami akan pergi meninggalkan kami untuk menyambung perjuangannya di Gombak pulak untuk degree. Sedeyh... Sedeyh sangatt ... not for a spesific reason.. tp rasa kehilangan tu ada.... Sakinah namanya indah seindah rupanya, secantik akhlaknya. Orangnya yg sangat lemah lembut, baik hati, friendly, ibadahnya terjaga, akademiknya cemerlang, sekali tengok, mesti dah jatuh hati dengan elok budi pekerti ,, 😉 nampak x mcm ayat novel skit. haha. tapi itulah kenyataannya.... tak pernah nk marah, sentiasa jujur in every situation. Bak kata orang , mcm perempuan melayu terakhir. 😍 . But now dia dh grad dah .... x lg bersama kami unt sem depan.... 😭😭😭 ... rindu ... pasti rindu dengan kehadirannya, dengan candanya, dengan manjanya. Semoga Allah redha pertemuan dan persahabatan ini dan kami dipertemukaan lagi dalam Syurga. Kawan, sekiranya engkau tak menjumpai aq di Syurga nnt, tariklah aq dari neraka.... 

    Hanya Allah tempat bergantung. Hanya Allah tempat mengadu. Itulah prinsip yang aku pegang dari dulu. Sebesar mana ujian yg ada, seberat mana pon, Allah jualah tempat aq kembali. Dan itulah hakikat seorang hamba , harus kembali kpd Penciptanya.... Kasih sayang Allah, nikmatNya x dpt disangkal ..... Cintanya Allah kpd hambanya, kasihNya dia kpd kita ..... Dia x pernah meninggalkan kita walau sesaat jua. Tapi kita, hamba yang hina, hamba yg alpa, hamba yg sombong... mudah sgt jatuh dengan permainan dunia, sangat rapuh dengan hasutan syaitan. Kita x mampu untuk elakkan diri dari membuat doa, tapi kita mampu untuk bertaubat walau dgn istighfar... Pintu taubat Allah sentiasa terbuka kpd hambaNya.... berapa kali pon kamu jatuh dalam dosa, bangkitlah mengharapkan rahmatNya, berserah diri kepadaNya. Letaklah sepenuh pengharapan kp d Rabb al-alamin.

والله أعلم بالصواب.
Semoga tulisan ini bermanfaat kpd sesiapa sahaja yg membaca. Bacalah dari kaca mata seorang hamba.