Saturday 22 November 2014

Bedtimes Story Sentap (BSSentap) - #35
Maaf malam ni lewat sikit.. Saya baru balik rumah.. InsyaAllah malam ni kita akan teruskan dengan juzuk yang ke 25..
Wah.. lagi 5 juzuk nak habis khatam Quran.. Sekejap je masa berlalu.. Allah..
InsyaAllah malam ni kita teruskan dengan surah ke 42 iaitu surah Ash Shura, ayat 36 hingga 37..
Bismillah..
فَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;"
(Surah Ash Shuraa [42] : 36-37)
Dalam ayat yang 36, Allah bagitahu kepada orang-orang yang betul-betul percaya pada Allah..
Apa yang Allah bagitahu?
Allah bagitahu apa yang ada di sisi Allah tu LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMA-LAMANYA daripada apa yang ada di sisi manusia..
Contohnya?
Kalau korang ada kereta, Allah boleh bagi korang kereta yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada rumah, Allah boleh bagi korang rumah yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada isteri atau suami, Allah boleh bagi korang isteri dan suami yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Kalau korang ada anak-anak, Allah boleh bagi korang anak-anak yang LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Dengan kata lain, kalau suami, isteri atau anak-anak korang masuk Syurga dengan korang (Amin), mereka akan jadi LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA dengan korang..
Kalau isteri, mungkin nampak lagi muda menawan jelita dan segala bagai la.. Tak payah pakai jamu susuk dara la, botox la apa la.. Original punya, bahkan lebih cantik dari perempuan yang korang pernah jumpa..
Kalau suami, mungkin nampak lagi macho hensem segak six pad dan segala bagai la.. Tak payah pergi gym, makan protein supplement bagai.. Original punya, bahkan lebih hensem daripada lelaki yang korang pernah jumpa..
Kalau anak-anak, mungkin akan jadi comel tembam cute sentiasa macam masa kecik.. Kalau korang suka dah besar, mungkin anak2 korang dah besar seperti yang korang nak..
Sebab Allah tahu..
Kita semua nak semula apa yang ada kat dunia ni, ada kat dalam Syurga.. Kan?
Perpisahan dan perubahan tu menyakitkan..
Tetapi dalam Syurga sana, tiada erti perpisahan, dan tiada erti perubahan..
Yang ada hanyalah LEBIH BAIK dan KEKAL SELAMANYA..
Walaupun kat dunia korang ada hidup yang BAIK.. tetapi kat Akhirat Allah bagi infinity lebih baik daripada kita pernah ada !
Dan nikmat yang super duper power rangers tahap 100 petala langit punya best ni bukan hanya dinikmati orang yang percaya pada Allah sungguh2 je,
tapi dia MESTI dan mesti BUAT 3 benda masa kat dunia..
Apa dia?
Yang pertama,
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang MENJAUHI dosa-dosa besar.."
Apa dosa-dosa besar ni?
Minum arak, berzina, bagi rasuah, curi duit mak ayah, pergi kelab malam, curi duit syarikat, melabur dalam syarikat yang haram, dan segala macam dosa besar..
Korang kena BERHENTI.. mesti berhenti.. Cubalah sedaya upaya untuk berhenti..
Kalau tak, macam mana nak dapat Syurga?
Kemudian yang kedua Allah bagitahu,
وَالْفَوَاحِشَ
".. serta perbuatan-perbuatan yang keji.."
Perbuatan yang keji ni termasuklah tengok pornongrafi, dating dengan awek pegang tangan bagai, upload gambar seksi, tak tutup aurat dan sebagainya..
Segala benda yang boleh menyebabkan korang boleh buat benda keji dan dosa besar,
JAUHINYA.. LARI daripada benda tu.. Kalau boleh korang lari, orang lari sprint 100m daripada benda tu..
Kemudian yang ketiga Allah sebut,
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
"...dan apabila mereka marah, mereka memaafkannya;"
Korang dan saya sebolehnya tahan marah. .Tahan marah.. tinggalkan debat yang sia-sia.. Kalau boleh tahan marah, tahan sungguh2..
----
Pengajaran dari ayat ni, saya ringkaskan je sebab dah membebel panjang atas tu.
1. Tinggalkan dosa-dosa besar.
2. Tinggalkan dosa-dosa kecik iaitu perkara yang keji.
3. SABAR.
ketiga2 benda ni mesti kita PRIORITIKAN dalam hidup kita..
wallahu'alam
rujukan : Major Sins & Shamelessness [Juz 25] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly

No comments:

Post a Comment